Dua tahun lepas, sistem kotak tikam dalam permainan Star Wars Battlefront II dan Overwatch disiasat atas sebab perjudian. Kemudian, hampir seminggu selepas kes tersebut – Belgium terus mengisytiharkan yang mana kotak tikam dalam permainan video adalah satu perjudian.
Disebabkan perjudian adalah haram, Belgium tidak membenarkan mana-mana permainan video di negara mereka untuk hadir dengan sistem kotak tikam ini. Pada waktu itu, EA boleh dikatakan membantah atas keputusan pihak Belgium ini. Kini, EA terus mengalah dan mula menghentikan penjualan FIFA Point.
Bermula 31 Januari ini, pemain FIFA di konsol dan PC di Belgium tidak lagi boleh membeli FIFA Point untuk membeli pek FIFA Ultimate Team dalam permainan tersebut. Untuk mengakses barang-barang lain, pengguna kini perlu berusaha untuk dapatkan barang-barang tersebut. Manakala, pemain yang mempunyai baki FIFA Points boleh terus membeli barangan dalam permainan tersebut tanpa sebarang masalah.
EA turut mengeluarkan kenyataan rasmi, yang mana keputusan pihak Belgium ini tidak akan menjejaskan pendapatan mereka.