Sistem lootbox bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena permainan video. Permainan seperti Team Fortress 2 dan Overwatch telah melakukannya dimana pemain berupaya untuk membeli lootbox tersebut untuk mendapatkan barangan secara rawak di dalam permainan tersebut. Baru-baru ini juga EA menerima kontroversi berkenaan sistem lootbox yang merosakkan keseimbangan permainan tersebut.

Namun, menurut laporan Engadget, pihak Belgium telah mengambil tindakan untuk membuat penyiasatan berkenaan sistem lootbox yang terdapat di dalam permainan video merupakan satu bentuk perjudian atau tidak.

Menurut pengerusi komisyen permainan video Belgium, Peter Naessens menyatakan sistem lootbox yang terdapat di dalam permainan video tersebut menyerupai permainan dalam bentuk nasib dimana pemain membeli kotak tersebut dan mendapat barangan secara rawak. Beliau juga menyatakan satu kerisauan terhadap pemain-pemain dimana pemain mungkin akan berasa dipaksa untuk membeli kotak lootbox tersebut disebab tekanan sosial dan sebagainya.

Siasatan tersebut masih lagi sedang dijalankan sekarang, namun jiga pihak EA mahupun Blizzard didapati bersalah berkenaan sistem lootbox itu adalah sebuah bentuk perjudian, mereka perlu membayar denda sehingga ratusan ataupun ribuan euro dan kemungkinan permainan tersebut akan diharamkan untuk dijual.

Isu perjudian di dalam permainan video juga akan memainkan peranan penting di negara Malaysia dimana sebelum ini permainan Pokemon Go pernah hampir diharamkan kerana melibatkan perjudian dan memudaratkan pemain. Keberangkalian untuk permainan Star Wars Battlefront II dan Overwatch diharamkan di Malaysia juga akan bergantung daripada hasil siasatan ini.

Sohor Kini