Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation VR Bersama PS Camera Kini Mendapat Potongan Harga – Kini Berharga RM1349

Berkas Playstation VR Bersama PS Camera Kini Mendapat Potongan Harga – Kini Berharga RM1349

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Dengan pengumuman model baru Playstation VR tahun lepas, kini set kepala realiti-maya tersebut mendapat potongan harga dimana anda berupaya untuk mendapat berkas Playstation VR bersama PS Camera dengan hanya RM1349. Dimana sebelum ini ia berharga RM1749.

Playstation VR adalah set realiti-maya yang dilancarkan oleh Sony pada Oktober 2016 yang lepas. Dengan sokongan bersama Playstation 4, ia merupakan set realiti-maya yang terkenal oleh pengguna dengan jualan melebihi dua juta unit pada Disember lepas. Dengan potongan harga ini, kita mungkin dapat melihat ramai pengguna berminat untuk mendapatkan set realiti-maya Playstation VR.

Tambahan juga, sehingga 31 Mac ini, anda berpeluang untuk mendapatkan pelbagai permainan tambahan seperti Playstation VR World dan Gran Turismo Sport melalui mengedar rasmi Playstation ataupun melalui laman rasmi kedai atas-talian Sony.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan set kepala realiti-maya Playstation VR ini bermula hari ini.


TIPS & ULASAN