Informasi Permainan Video Terkini
Berkas Playstation VR Mendapat Potongan Harga – Kini Berharga RM1749

Berkas Playstation VR Mendapat Potongan Harga – Kini Berharga RM1749

Diterbitkan pada Ogos 29, 2017 oleh .

Sony kini mengumumkan potongan harga jualan untuk berkas Playstation VR bersama Playstation Camera. Sebelum ini, ia berharga RM1949, dan bermula 1 September 2017 kelak, Sony bakal mengurangkan harga berkas tersebut sebanyak RM200, menjadikannya berharga RM1749.

Playstation VR adalah set realiti-maya yang dilancarkan oleh Sony pada Oktober 2016 yang lepas. Dengan sokongan bersama Playstation 4, ia merupakan set realiti-maya yang terkenal oleh pengguna dengan jualan melebihi satu juta unit pada Jun lepas. Dengan potongan harga ini, kita mungkin dapat melihat ramai pengguna berminat untuk mendapatkan set realiti-maya Playstation VR.

Bagi anda, adakah anda akan mendapatkan berkas PlayStation VR ini? Atau anda masih skeptikal dengan permainan berasaskan realiti-maya ini?