Sony Interactive Entertainment Japan Asia hari ini mengumumkan fon kepala realiti-maya Playstation VR model terbaru iaitu CUH-ZVR2. Ia merupakan kemaskini buat model Playstation VR yang dilancarkan tahun lepas.
Model terbaru ini tersebut mempunyai kabel yang lebih ringkas dan kecil dengan fon telinga stereo yang terbina di Playstation VR tersebut. Sony juga menyatakan, Processing Unit Playstation VR model terbaru tersebut kini mempunyai sokongan HDR. Dengan fungsi ini, pengguna tidak perlu lagi untuk membuka dan menukar kabel jika ingin menggunakan fungsi HDR.
Dengan kemaskini terbaru ini, Playstation VR Processing Unit juga tidak boleh digunakan bersama dengan model yang lama kerana ia mempunyai kabel yang berlainan. Walaubagaimana pun, segala permainan dan fungsi asas realiti-maya boleh digunakan secara bersama.
Menurut Sony, fon kepala ini bakal dilancarkan di Jepun pada 14 Oktober ini bersama dengan Playstation Camera dengan harga 44,980 yen(~RM1685). Buat pasaran global, Sony masih lagi belum mengumumkan sebarang kemaskini bagi model Playstation VR tersebut.