Berdasarkan penyenaraian di Korean Game Rating Board, Football Manager Touch 2018 akan dikeluarkan untuk Switch pada tahun ini. Sebelum ini kami ada melaporkan Super Bomberman R akan dikeluarkan untuk Playstation 4 berdasarkan penyenaraian di tempat yang sama dan beberapa hari selepas itu Konami mengesahkan ura-ura tersebut.

Oleh kerana itu boleh dikatakan yang Football Manager Touch 2018 akan betul-betul dikeluarkan untuk Nintendo Switch. Football Manager Touch merupakan siri permainan Football Manager yang lebih ringkas membuang beberapa teknik permainan seperti temubual sebelum dan selepas permainan dan juga tidak mempunyai pasukan bawah 18 tahun.

Football Manager merupakan permainan simulasi pengurusan bola sepak dan semestinya sangat bersesuaian dengan Switch yang juga boleh dijadikan sebagai konsol mudah alih. Kami jangkakan Sport Interactive dan SEGA akan mengumumkan secara rasmi dalam masa terdekat.

Sohor Kini