Super Bomberman R merupakan antara permainan terawal yang dikeluarkan untuk Switch, sehingga sekarang walaupun bukan permainan yang diterbitkan oleh Nintendo, permainan ini merupakan eksklusif untuk Switch.
Mengikut penyenaraian di Korean Game Rating Board yang diterjemah oleh Nintendo Life, Konami mungkin akan mengeluarkan Super Bomberman R untuk Playstation 4.
Kemungkinan besar Konami mempunyai perjanjian dengan Nintendo untuk menjadi antara permainan terawal untuk Switch, oleh kerana Switch sudah setahun dikeluarkan dengan mengeluarkan permainan ini untuk konsol lain sudah semestinya perkara yang baik untuk Konami.