Lanjutan daripada ura-ura berkenaan permainan Super Bomberman R akan tiba di Playstation awal minggu ini, Konami akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan tiba bukan sahaja di konsol Playstation 4, malah Xbox One dan PC bermula 14 Jun ini.
Menariknya, melalui versi konsol tersebut, Konami akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan dalam bentuk Super Bomberman R Shiny Edition dimana setiap konsol akan mendapat sebilangan watak yang berbeza.
Tiga watak tersebut adalah Ratcher And Clank Bomber bagi versi Playstation 4, Master Chief Bomber bagi versi Xbox One dan P-body Bomber bagi versi Steam. Selain itu, versi Super Bomberman R Shiny Edition juga akan menyertakan watak baru seperti lapan set Shiny Bomberman Brothers dan Golden Vic Viper Bomber.
Super Bomberman R asalnya dilancarkan di konsol Switch pada tahun lepas. Ia merupakan siri terbaru Bomberman yang mana sebelum ini permainan tersebut terkenal di konsol SNES beberapa tahun lepas.