Pada awal minggu ini, Konami berkongsi bahawa permainan pernambah-baikkan Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS akan dilancarkan pada September ini buat pasaran Jepun. Kini, Konami akhirnya mengumumkan secara rasmi versi global bagi permainan tersebut juga akan dilancarkan pada September. Namun, Konami masih belum berkongsi tarikh pelancarannya.
Berdasarkan trailer yang dipertontonkan diatas, Konami berkongsi perbezaan grafik visual bagi permainan asalnya, iaitu Zone Of The Enders: 2nd Runner yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2003 bersama Zone Of The Enders: HD Collection yang dilancarkan pada 2012 lepas di Playstation 3. Sememangnya, dari segi visual, permainan Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS mempunyai peningkatan bukan sahaja dari segi visual malah resolusi dengan sokongan 4k.
Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pertempuran mecha. Ia dibangunkan oleh Konami dan CyGames. Ia bakal tiba di Playstation 4 dan PC.
Pada Tokyo Game Show 2017 lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut dan memberi pandang pertamanya di sini. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan tersebut.