Informasi Permainan Video Terkini
Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS Akan Dilancarkan Pada September Ini Buat Pasaran Jepun
PC

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS Akan Dilancarkan Pada September Ini Buat Pasaran Jepun

Diterbitkan pada Mac 20, 2018 oleh .

Antara permainan yang diumumkan ketika Tokyo Game Show 2017 lepas adalah Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS, yang mana ia merupakan permainan pernambah-baikkan bagi Zone Of The Enders: 2nd Runner yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2003.

Kini, menurut laporan Gematsu, permainan tersebut akhirnya akan dilancarkan tahun ini dimana buat pasaran Jepun, ia bakal tiba pada September ini. Namun bagi versi global, Konami masih tidak mengumumkan sebarang pengumuman lagi.

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pertempuran mecha. Ia dibangunkan oleh Konami dan CyGames. Konami mengumumankan edisi pernambah-baikkan ini ketika TGS tahun lepas dengan sokongan untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara realiti-maya dan juga penaik-taraf dari segi grafik bersama sokongan resolusi 4k. Ia bakal tiba di Playstation 4 dan PC.

Pada Tokyo Game Show 2017 lepas, kami juga berkesempatan untuk mencuba permainan tersebut dan memberi pandang pertamanya di sini. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan tersebut.