Tokyo Game Show 2017 berlangsung dengan jayanya pada minggu lepas. Ketika acara tersebut, Konami mengumumkan permainan Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS. Ia merupakan permainan pernambah-baikkan bagi permainan Zone Of The Enders: 2nd Runner yang dilancarkan di Playstation 2 pada 2003.

Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS adalah permainan aksi pengembaraan yang memfokuskan pertempuran mecha. Ia dibangunkan oleh Konami dan CyGames. Konami mengumumankan edisi pernambah-baikkan ini ketika TGS minggu lepas dengan sokongan untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara realiti-maya dan juga penaik-taraf dari segi grafik bersama sokongan resolusi 4k. Ia bakal tiba di Playstation 4, Playstation VR dan PC.

Walaubagaimana pun, saya tidak dapat bermain permainan pernambah-baikkan dan hanya berpeluang untuk bermain mod realiti-maya yang diumumkan bersama di Tokyo Game Show 2017.

Secara jujurnya, saya tidak begitu seronok bermain permainan tersebut. Mungkin kerana saya sudah lupa bagaimana untuk mengawal Jehuty, ataupun kerana permainan ini dalam bentuk bahasa Jepun, saya menghadapi beberapa kesukaran untuk mengawal permainan tersebut. Dari segi keadaan ketika bermain secara realiti-maya, saya tidak berasa mual dan mabuk, mungkin juga sebab saya sudah biasa dengan permainan realiti-maya.

Dari segi kawalan pula, ia dimainkan sama seperti permainan asalnya, dimana anda mengawal Jehuty dengan menggunakan alat kawalan Dualshock 4. Dimana butang segitiga dan X akan mengubah tahap ketinggan penerbangan Jehuty, dan petak untuk menyerang. Terdapat juga kawalan untuk menyerang musuh dengan senjata sampingan dan juga keupayaan Jehuty untuk memecut dan mengelak serangan musuh.

Tetapi dari segi visual, permainan ini memberi satu tarikan kepada saya kerana kita sebagai pemain berupaya untuk ‘memandu’ mecha Jehuty ini. Ketika saya bermain permainan ini, saya berasa seolah berada di dalam kokpit Jehuty.

Saya juga boleh melihat keliling keadaan kokpit tersebut termasuk melihat diatas untuk melihat kepala Jehuty. Tambahan juga, ketika dalam keadaan pertempuran, di sebelah kanan saya, terdapat satu model Jehuty yang kecil. Ini juga memberi keupayaan saya untuk melihat segala gerak-geri Jehuty ketika pertempuran.

Akhir kata, mod realiti-maya permainan Zone of the Enders: The 2nd Runner M∀RS tidak begitu menarik bagi saya. Bermain permainan secara realiti-maya memberi kesukaran ketika saya bertempur dan dengan tiadanya peta-mini, saya menghadapi kesukaran untuk mencari musuh. Tambahan juga, mod realiti-maya ini tidaklah memberi sebarang impak yang besar kerana dari segi bentuk permainan, ia tidak memberi sebarang kemudahan daripada bermain permainan ini secara biasa.

Tetapi saya tidak lagi boleh memberi kata putus sebab saya hanyalah mencuba demo permainan tersebut. Saya percaya Konami dan CyGames akan menyertakan lagi pelbagai lagi pernambah-baikkan. Bagi anda yang berminat dengan permainan ini? Apakah pendapat anda? Jangan lupa untuk tinggalkan komen di bawah.

Sohor Kini