Informasi Permainan Video Terkini
Fortnite Battle Royale Hanya Dibangunkan Dalam Tempoh Masa Dua Bulan
PC

Fortnite Battle Royale Hanya Dibangunkan Dalam Tempoh Masa Dua Bulan

Diterbitkan pada Mac 22, 2018 oleh .

Fornite asalnya merupakan permainan yang memfokuskan bentuk pertahanan hidup koperasi yang tidak mempunyai sebarang bentuk permainan secara Battle Royale. Namun begitu, pada September tahun lepas, Epic Games melancarkan Fornite Battle Royale yang mana ia dilancarkan secara percuma dan ia mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh peminat sehingga mencatat 3.4 juta pemain serentak pada bulan lepas.

Kini, bersempena dengan acara GDC (Game Developers Conference) Epic Games berkongsi sebilangan proses pembangunan permainan tersebut, yang mana antaranya adalah mod Battle Royale yang dilancarkan September tahun lepas, dimana Epic Games hanya membangunkan mod tersebut dengan tempoh masa dua bulan sahaja.

Menurut laporan PC Gamer, Ed Zobrist penerbit Epic Games menyatakan mereka hanya membangunkan mod Battle Royale tersebut dalam tempoh masa dua bulan, iaitu pada 21 Julai Fortnite dilancarkan secara rasmi, manakala 26 September, dua bulan kemudian Fortnite Battle Royale dilancarkan. Beliau juga menyatakan bahawa pasukan pembangun Unreal Tournament banyak membantu ketika proses pembangunan mod tersebut.

Tambahan beliau, mod Battle Royale tersebut asalnya dibangunkan sebagai sebahagian daripada permainan teras Fortnite yang mana ia sememangnya bukan permainan percuma. Namun, tindakan Epic Games untuk menyertakan permainan Fortnite Battle Royale secara percuma dan berasingan adalah dua minggu sebelum ia dilancarkan. Tindakan tersebut juga merupakan tindakan yang terbaik oleh mereka yang mana kini permainan tersebut mendapat pelbagai sambutan oleh peminat.

Sudah pastinya pembangunan permainan asal Fortnite mengambil masa yang lebih lama dan Fortnite Battle Royale hanyalah sebuah mod tambahan yang dibangunkan daripada permainan terasnya. Namun begitu, ia merupakan satu kejayaan yang besar buat Epic Games memandangkan mod tersebut pada asalnya tidak dirancang untuk dilancarkan secara percuma dan kini ia menjadi satu kegilaan ramai sehinggalah ke versi permua.