Zone of the Enders merupakan salah satu siri permainan yang sekian lama tidak menerima sebarang pembaharuan baru. Hari ini, pada acara Tokyo Game Show 2017 pihak Sony mengambil peluang dan mengumumkan yang mana Zone of the Enders: Anubis Mars bakal dilancarkan pada 2018 kelak.

Pengumuman permainan ini semestinya mengembirakan ramai peminatnya di seluruh dunia. Versi terakhir permaina Zone of Enders yang ditawarkan adalah pada PlayStation 2.

Anubis Zone of the Enders: Mars akan menawarkan sokongan paparan resolusi 4K untuk PlayStation 4 Pro, selain turut hadir dengan sokongan permainan dalam bentuk realiti-maya, PS VR. Anubis Zone of the Enders: Mars turut menawarkan sokongan audio lebih baik, termasuk pelbagai penambah-baikkan lain.

Permainan yang dibangunkan oleh Konami dan Cygames ini bakal hadir pada 2018 kelak.

Sohor Kini