Informasi Permainan Video Terkini
Sega Mengumumkan Yakuza Kiwami 2 Bakal Dilancarkan Di Playstation 4

Sega Mengumumkan Yakuza Kiwami 2 Bakal Dilancarkan Di Playstation 4

Diterbitkan pada Ogos 28, 2017 oleh .

Sega kini telah mengumumkan permainan Yakuza Kiwami 2 bakal tiba di Playstation 4 pada 7 Disember ini untuk pasaran Jepun.

Permainan ini akan berharga ¥ 7,590(~RM297) untuk edisi biasa dan ¥ 11,590(~RM453) untuk edisi terhad. Permainan ini adalah permainan penambah-baikkan dari permainan Yakuza 2 dari Playstation 2 yang dilancarkan sebelum ini pada 2006.

Permainan ini menggunakan enjin permainan yang sama dengan Yakuza 6: The Song of Life dan menyertakan penambahan “Truth Of Majima Goro” dimana pemain berpeluang untuk menggunakan watak Majima Goro, dan juga beberapa penceritaan baru.

Buat masa sekarang, Sega masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran permainan ini untuk pemain global. Seperti biasa, kami di Aksiz akan membuat kemaskini setelah ia diumumkan kelak.