Informasi Permainan Video Terkini
Kemaskini Utama Monster Hunter World Bakal Tiba 22 Mac Ini – Raksasa Deviljho Diumumkan

Kemaskini Utama Monster Hunter World Bakal Tiba 22 Mac Ini – Raksasa Deviljho Diumumkan

Diterbitkan pada Mac 14, 2018 oleh .

Capcom hari ini mengadakan acara siaran langsung khas yang mana mereka berkongsi sebilangan kemaskini terbaru yang bakal tiba buat permainan Monster Hunter World.

Antaranya adalah pernambahan raksasa yang baru iaitu Deviljho. Deviljho merupakan raksasa yang pertama sekali diperkenalkan ketika Monster Hunter Tri pada 2010 lepas. Melaluinya, pemain berupaya untuk mengalahkannya disamping mencipta sebilangan kelengkapan raksasa tersebut.

Tambahan juga, bermula 5 sehingga 18 April ini, Capcom akan mengadakan acara khas Spring Blossom Fest bersempena musim bunga ini. Melalui acara ini, Capcom akan menghiaskan kawasan perhimpunan pemain, Gathering Hub dengan pelbagai bentuk tema musim bunga. Tambahan juga, watak-watak NPC juga akan mempunyai kostum khas dan akan terdapat makanan baru buat pemain untuk menikmati sebelum mula memburu.

Selain itu, terdapat dua acara khas yang bakal berlangsung bersama acara Spring Blossom Fest, bermula 6 April, pemain akan berpeluang untuk menghasilkan senjata khas Wyvern Ignition Great Sword yang mana ia merupakan juara kepada rekaan senjata komuniti oleh peminat.

Tambahan juga, Capcom mengumumkan kandungan kostum Palico Mega Man yang diumumkan tahun lepas juga bakal tiba buat permainan tersebut pada 13 sehingga 27 April ini. Melalui kandungan ini, pemain berupaya untuk menghasilkan kostum khas Mega Man seakan edisi asal NES Mega Man bersama senjata Mega Man Buster.

Selain daripada itu, Capcom juga mengumumkan sebilangan kemaskini keseimbangan senjata dan juga bentuk permainan tersebut. Antaranya adalah kemaskini masa pemuatan permainan tersebut. Untuk senarai penuh perubahan senjata, anda boleh membacanya di sini.

Capcom juga mengumumkan bahawa fungsi untuk mengubah-suai rupa watak pemain juga akan diperkenalkan melalui pernambahan DLC. Bermula 16 Mac ini, Capcom akan menyertakan baucer khas dimana pemain berupaya untuk mengubah-suai watak secara percuma di Playstation Store dan Xbox Game Store. Tetapi ia hanya boleh digunakan sekali sahaja dimana untuk kegunaan kali kedua, pemain perlu membeli baucer tersebut.

Melalui baucer tersebut, pemain berupaya mengubah jantina, rupa dan pelbagai pengubah-suai rupa. Namun, baucer tersebut tidak boleh digunakan untuk mengubah nama mahupun rupa Palico.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Monster Hunter World telah pun dilancarkan pada 26 Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Melalui kemaskini utama ini, pemain bakal mendapat pelbagai kandungan bersama keupayaan untuk memburu Deviljho. Jangan lepaskan peluang anda untuk memburu raksasa tersebut bermula 22 Mac ini.


TIPS & ULASAN