Dengan pelancaran Monster Hunter: World yang semakin hampir pada 26 Januari 2018 ini, Capcom tampaknya tidak memberhenti mengumumkan pelbagai kandungan baru buat permainan tersebut.

Pada Paris Games Week 2017 Oktober lepas, Capcom berkongsi berkenaan permainan tersebut yang mempunyai kandungan daripada Horizon Zero Dawn, kini Capcom berkongsi berkenaan kandungan terbaru bagi permainan Monster Hunter World iaitu kandungan Megaman.

Trailer tersebut juga dipertontonkan dengan sebahagian kandungan penceritaan permainan Monster Hunter: World. Namun kandungan yang menarik minat pelbagai peminat adalah kandungan Megaman yang bakal tiba bersama permainan tersebut.

Antara kandungan yang diumumkan adalah kostum khas buat Palico dengan kostum Megaman. Menariknya juga, setiap jenis senjata juga akan disertakan sebilangan muzik latar daripada siri Megaman. Namun buat masa ini, Capcom tidak menyertakan sebarang informasi lanjut berkenaan kandungan tersebut sama ada ia bakal tiba secara percuma ataupun berbayar.

Menariknya juga, bagi mereka yang ingin mencuba permainan Monster Hunter: World, anda boleh berbuat sedemikian dengan memuat-turun beta terbuka di Playstation 4 bagi mereka yang melanggan Playstation Plus sekarang di PSN Store dan bermain permainan tersebut bermula 10 sehingga 13 Disember. Ia akan bermula pada jam 1 pagi (Waktu Malaysia) pada 10 Disember dan berakhir pada jam 12:59 pagi pada 13 Disember.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4, Xbox One dan PC pada 26 Januari 2018 ini.

PSN Store – Monster Hunter World Beta

Sohor Kini