Skip to main content

Bersempena dengan tahun baru, Ryozo Tsujimoto, penerbit bagi permainan Monster Hunter: World hari ini berkongsi satu video ringkas yang mana beliau mengumumkan sebilangan kemaskini berkenaan permainan tersebut.

Antara yang diumumkan beliau adalah pelancaran bagi versi PC buat permainan Monster Hunter: World yang mana ia dirancang untuk dilancarkan pada musim luruh tahun ini. Namun, beliau tidak berkongsi sebarang informasi tambahan berkenaan pembangunan permainan tersebut di PC. Tambahan juga, beliau menyatakan seluruh pembangun sedang berusaha keras untuk pembangunan permainan tersebut.

Selain itu, Ryozo Tsujimoto juga menyatakan bahawa mereka merancang untuk melancarkan kemaskini percuma buat permainan Monster Hunter: World yang mana ia akan menyertakan sebilangan raksasa baru apabila ia dilancarkan kelak di konsol.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia bakal tiba pada Playstation 4 dan Xbox One pada 26 Januari 2018 ini.

Leave a Reply