Skip to main content

Bersempena dengan pelancaran Devil May Cry HD Collection minggu ini, Capcom mengumumkan kolaborasi antara permainan tersebut dan Monster Hunter World dimana pemain berupaya untuk mendapatkan kostum Dante, dari siri Devil May Cry buat permainan Monster Hunter World.

Menurut Capcom, kostum tersebut juga akan menyertakan pedang ikonik dari siri Devil May Cry iaitu Alastor dan Force Edge. Menariknya, pedang tersebut merupakan senjata kategori Charge Blade, dimana melalui penggunaan senjata tersebut, perisai tidak akan disediakan seperti senjata Charge Blade yang lain. Namun, Capcom membuat sedikit penukaran dimana apabila pemain mencantumkan perisai dengan pedang untuk mendapatkan kapak, sebalik jika pemain menggunakan pedang Force Edge tersebut, ia akan menukar kepada pedang Alastor.

Buat masa ini, Capcom masih  belum mengumumkan bila kostum tersebut akan dilancarkan. Seperti acara-acara Monster Hunter World sebelum ini, untuk mendapatkan kostum tersebut, pemain hanya perlu melakukan misi-misi acara dan mendapatkan barangan untuk menghasilkan kostum tersebut di bengkel permainan.

Monster Hunter: World merupakan permainan aksi pengembaraan pemburuan raksasa yang dibangunkan oleh Capcom. Ia kini kembali ke konsol rumah dimana sebelum ini Capcom memfokuskan permainan tersebut buat konsol 3DS sahaja. Monster Hunter World telah pun dilancarkan pada 26 Januari lepas di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Bagi versi PC, ia akan dilancarkan pada musim luruh tahun ini.

Leave a Reply