Informasi Permainan Video Terkini
Microsoft Berkongsi Spesifikasi PC Untuk State of Decay 2 Dan Mengesahkan Tiada Mikro-Transaksi
PC

Microsoft Berkongsi Spesifikasi PC Untuk State of Decay 2 Dan Mengesahkan Tiada Mikro-Transaksi

Diterbitkan pada Mac 12, 2018 oleh .

State of Decay 2 akan dikeluarkan untuk PC dan Xbox One pada 22 Mei 2018. Microsoft juga mengumumkan permainan ini sebahagian daripada Play Anywhere di mana pemain yang membelinya untuk Xbox One juga boleh bermain permainan ini di PC.

Microsoft juga mengumumkan spesifikasi permainan ini untuk PC. Berdasarkan spesifikasi minima, PC pertengahan sepatutnya dapat bermain permainan ini tanpa masalah. Berikut adalah spesifikasi untuk State of Decay 2.

State of Decay 2 Spesifikasi Minima

  • OS: Windows 10 64-bit
  • CPU: Intel Core i5-2500 2.7GHz or AMD FX-6300 3.5 GHz
  • RAM: 8 GB
  • GPU RAM: 2 GB
  • GPU: GeForce GTX 760 or Radeon HD 7870
  • HDD: 16GB
  • API: DirectX 12

State of Decay 2 Spesifikasi Yang Dicadangkan

  • OS: Windows 10 64-bit
  • CPU: Intel Core i5-4570 3.2 GHz or AMD FX-8350 4.0 GHz
  • RAM: 16 GB
  • GPU RAM: 4 GB
  • GPU: GeForce GTX 960 or Radeon R9 380
  • HDD: 16 GB Available Hard Drive Space
  • API: DirectX 12

Selain itu ketua Studio Undead Labs Jeff Strain mengesahkan kepada IGN yang State of Decay 2 tidak akan mempunyai mikro-transaksi. Jika sebelum ini Sony mengesahkan God of War tidak mempunyai mikro-transaksi, kali ini giliran Microsoft untuk melakukan perkara yang sama.

Adakah anda berminat untuk mendapatkan State of Decay 2?


TIPS & ULASAN