Skip to main content

State of Decay 2 merupakan antara permainan yang diperkatakan sebagai eksklusif untuk platform Microsoft iaitu Xbox One dan PC. Sebelum ini hanya dinyatakan permainan ini akan dikeluarkan pada tahun ini tetapi hari ini diumumkan permainan ini akan dikeluarkan pada 22 Mei.

Microsoft turut mengumumkan harga iaitu Standard Edition $29.99(RM117) dan $49.99(RM195) untuk Ultimate Edition. Permainan ini merupakan sebahagian daripada Play Anywhere di mana pemain yang memiliki PC dan Xbox One, hanya perlu membeli sekali sahaja dan permainan ini boleh dimainkan di kedua-dua platform.

Apabila ditanya mengenai harga yang murah, pengurus besar pemasaran permainan Microsoft Aaron Greenberg mengatakan sasaran mereka adalah untuk membina hubungan jangka masa panjang bersama dengan komuniti State of Decay. Ini boleh dilakukan dengan memberi peluang kepada lebih ramai pemain untuk bermain permainan ini.

Anda boleh menonton video acah untuk teknik permainan State of Decay 2 di bawah. Adakah anda berminat untuk mendapatkan permainan ini?

Leave a Reply