Skip to main content

Mikro-transaksi ialah kanser yang memusnahkan keseronokan permainan video sejak akhir-akhir ini. Permainan seperti Star Wars Battelfront II dan Metal Gear Survive diboikot pengguna kerana tanpa segan silu menawarkan fungsi yang sepatutnya terbina dalam bentuk transaksi-mikro.

Bagi mereka yang menantikan permainan God of War, anda tidak perlu risau kerana permainan ini sah tidak mempunyai sebarang elemen transaksi-miro. Ini disahkan sendiri oleh Cory Barlog yang merupakan penerbit God of War. Ini adalah berita yang amat baik kerana kami tidak boleh membayangkan keperluan membeli senjata atau kostum tambahan untuk Kratos di dalam permainan ini.

Leave a Reply