Skip to main content

Baru ini kami berkongsi berkenaan ura-ura permainan Diablo III bakal tiba di konsol Switch, tampaknya Blizzard Entertainment mungkin akan mengumumkannya kelak dalam masa terdekat ini.

Baru-baru ini di akaun Twitter rasmi Blizzard Entertainment, mereka berkongsi satu video yang mempamerkan kepala watak Diablo sebagai lampu malam. Video tersebut juga menunjukkan seseorang membuka suis lampu tersebut, yang pada masa yang sama bermaksud “Switch” iaitu nama yang sama bagi konsol Nintendo Switch.

Namun, buat masa ini ia masih lagi spekulasi daripada pihak kami dan Nintendo mahupun Blizzard Entertainment masih belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Apakah pendapat anda berkenaan video yang dikongsikan oleh Blizzard?Adakah ia benar-benar tindakan acah Blizzard ataupun hanya satu jenaka oleh mereka?

Leave a Reply