Skip to main content

Jika anda menunggu versi terbaru untuk Nintendo Switch, sama ada saiz yang lebih besar ataupun spesifikasi dalaman yang lebih baik, anda perlu menunggu lebih lama. Menurut laporan oleh The Wall Street Journal, Nintendo tidak akan mengeluarkan versi terbaru untuk Switch pada tahun ini. Sebaliknya Nintendo akan lebih memfokuskan aksesori dan juga perkhidmatan di atas-talian.

Labo merupakan antara aksesori yang akan dikeluarkan pada tahun ini, dan menurut laporan kemungkinan akan ada lebih banyak aksesori lain yang dikeluarkan untuk menambahkan lagi cara Switch boleh digunakan. Switch bukanlah konsol yang mampu menandingi Playstation 4 dan Xbox One dari segi spesifikasi akan tetapi Nintendo sentiasa memfokuskan konsol mereka sebagai unik dan boleh bermain permainan dengan cara yang berlainan.

Perkhidmatan atas-talian untuk Switch akan dilancarkan pada bulan September ini. Melalui perkhidmatan ini pengguna berpeluang untuk mendapatkan sebilangan permainan secara percuma melalui Classic Game Selection. Harga langganan Nintendo Switch Online bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan. Selain itu Nintendo tidak mengumumkan sebarang kelebihan perkhidmatan ini akan tetapi mungkin akan datang pada masa hadapan.

Ini adalah perkara yang biasa bagi Nintendo tidak mengeluarkan versi terbaru untuk konsol mereka dalam jangka masa 2 tahun pertama dan semestinya memfokuskan kepada penggunaan Switch berbanding versi baru sudah tentu lebih baik untuk pemilik Switch. Kami sudah semestinya ternanti-nanti apa pembaharuan yang akan dibawah oleh Nintendo untuk mengembangkan lagi penggunaan Switch.

Leave a Reply