Informasi Permainan Video Terkini
Fungsi Atas-Talian Nintendo Switch Akan Dilancarkan September Ini

Fungsi Atas-Talian Nintendo Switch Akan Dilancarkan September Ini

Diterbitkan pada Feb 1, 2018 oleh .

Selain daripada pengumuman berkenaan hasil jualan Nintendo Switch menghampiri 15 juta semalam, Nintendo juga hari ini mengumumkan bahawa fungsi atas-talian bagi konsol hibrid tersebut akan dilancarkan pada September ini.

Fungsi atas-talian tersebut, dipanggil Nintendo Switch Online dan ia akan berfungsi sebagai servis utama buat pengguna Switch untuk mengakses kandungan multi-pemain secara atas-talian bersama aplikasi khas di peranti telefon pintar pengguna. Buat masa sekarang, servis tersebut masih lagi percuma, namun bermula September ini, seperti Playstation Plus dan Xbox Live, servis atas-talian tersebut akan dikenakan bayaran.

Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan sebilangan permainan secara percuma melalui Classic Game Selection. Manakala harga langganan Nintendo Switch Online pula bermula $3.99(~RM16) untuk sebulan sehinggalah $19.99(~RM78) untuk 12 bulan.

Namun buat masa ini, Nintendo masih lagi belum mengumumkan sebarang informasi lanjut berkenaan servis atas-talian tersebut. Mungkin juga pada masa akan datang, segala informasi diatas akan diubah oleh Nintendo. Bagi anda yang memiliki konsol Nintendo Switch, adakah anda menyukai sistem langganan untuk servis atas-talian seperti konsol-konsol generasi kini yang lain?


TIPS & ULASAN