Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Memperkenalkan Labo – Kadbod Yang Boleh Dibentuk Menjadi Aksesori Untuk Switch

Nintendo Memperkenalkan Labo – Kadbod Yang Boleh Dibentuk Menjadi Aksesori Untuk Switch

Diterbitkan pada Jan 18, 2018 oleh .

Seperti yang diacahkan oleh Nintendo, hari ini mereka memperkenalkan ‘cara baru untuk bermain’ melalui Labo iaitu set kadbod yang boleh dibentuk menjadi aksesori untuk Switch. Video pengumuman boleh ditonton dibawah.

Kadbod yang disertakan boleh ditukarkan menjadi kereta kawalan jauh, joran, rumah, motorsikal, piano dan juga robot. Untuk masa sekarang ada dua set yang ditunjukkan iaitu Variety Kit dan Robot Kit.

Variety Kit – $69.99 / RM280.00

Setiap set ini anda boleh membentuk kepada lima projek yang dipanggil Nintendo sebagai Toy-Con. Setiap set ini akan disertakan dengan bahan-bahan seperti dibawah dan juga Perisian Labo Variety Kit.

  • Papan Kadbod x 28
  • Pelekat Memantul x 3
  • Span x 3
  • Tali (oren) x 1
  • Tali (biru) x 1
  • Set Lelubang (kelabu) x 1
  • Set Lelubang (biru) x 1
  • Getah (besar) x 2
  • Getah (kecil) x 6

Robot Kit – $79.99 / RM320.00

Setiap set ini anda boleh membina Toy-Con robot kit sendiri seperti gambar di atas. Setiap set ini akan disertakan dengan bahan-bahan seperti dibawah dan juga Perisian Labo Robot Kit.

  • Papan Kadbod x 19
  • Cardstock sheets x 4
  • Pelekat Memantul x 1
  • Tali (oren) x 2
  • Tali (biru) x 2
  • Pengikat Kanvas Kelabu (besar) x 1
  • Pengikat Kanvas Kelabu (sederhana) x 1
  • Pengikat Kanvas Kelabu (kecil) x 2
  • Set Lelubang (kelabu) x 10
  • Set Lelubang (oren) x 2

Kedua-dua set akan berada di pasaran bermula 20 April ini.  Disertakan sekali adalah Set Hiasan yang dijual $9.99 atau RM40.00 mengandungi kertas stensil, pelekat dan juga pita pelekat.

Buat masa ini tiada informasi mengenai bagaimana Labo akan menyokong pembangun dari pihak ketiga.  Labo semestinya satu kejutan dan juga sesuatu yang kita boleh menjangkakan untuk Nintendo lakukan. Kami semestinya tidak sabar untuk mencubanya.