Skip to main content

Walaupun Final Fantasy: Brave Exvius (FFBE) merupakan permua yang memfokuskan kepada watak Final Fantasy, akan tetapi untuk masa terhad mereka akan memperkenalkan watak dari siri lain. Jika sebelum ini FFBE menerima Ariana Grande dan juga watak dari permainan NieR, kali ini giliran Lara Croft dari siri permainan Tomb Raider bermula 9 Mac nanti.

Ini bukanlah sesuatu yang pelik seperti Ariana Grande kerana Lara Croft juga merupakan watak yang dimiliki oleh Square Enix. Lara Croft yang akan hadir bukanlah watak dari siri permainan terbaru Rise of the Tomb Raider akan tetapi dari permainan Temple of Osiris.

Kebiasaan watak sementara akan hadir bersama dengan acara khas, akan tetapi buat masa ini tiada maklumat lanjut yang dikongsikan, kemungkinan besar dalam masa terdekat. Adakah anda antara pemain yang masih bermain FFBE?

Leave a Reply