Skip to main content

Square-Enix kini mengumumkan kerjasama antara permainan Nier Automata dan permua Final Fantasy Brave Exvius. Bermula 11 Ogos hingga 24 Ogos, pemain boleh mendapatkan watak-watak dari permainan Nier Automata, iaitu 2B, 9S, 210, Adam, A2 dan juga Eve pada permua Final Fantasy Brave Exvius.

Sepanjang acara permua ini, pemain juga akan bertempur dengan musuh-musuh dari permainan Nier Automata disamping mengumpulkan pingat untuk menukarkan ia kepada ganjaran serta barangan di dalam permua tersebut. Pemain boleh mendapatkan pelbagai perkara, termasuk senjata dan pakaian perisai termasuklah kelengkapan ikonik Emil’s Head.

Bagi watak A2 dan Eve, pemain hanya boleh mendapatkannya ketika acara ini berlangsung sahaja. Square-Enix juga turut mengumumkan urusniaga mikro untuk permua tersebut khas ketika acara kerjasama antara Nier Automata dan Final Fantasy Brave Exvius ini.

Leave a Reply