Sempena musim panas ini, Square-Enix kini mengumumkan Ariana Grande, sekali lagi bakal tiba di permua Final Fantasy Brave Exvius. Bermula 18 Ogos sehingga 1 September, pemain berupaya untuk mendapatkan watak Chic Ariana, watak Ariana Grande yang kedua yang direka khas dalam bentuk pixel dengan menyempurnakan peringkat pertama untuk acara Musical Showdown. Pemain juga boleh bertempur dengan ketua musuh baru, Bard Spirit.
Acara ini juga bakal menyertakan ganjaran khas seperti Fashionable Dancewear, Microphone Stand, Magical Scrunchie dan pentas khas inspirasi dari pentas persembahan Ariana Grande.
Anda boleh menyertai acara ini bermula sekarang di permua Final Fantasy Brave Exvius di iOS dan Android.
[download] iOS : Final Fantasy Brave Exvius [/download] [download] Android : Final Fantasy Brave Exvius [/download]