November lepas, Sony Interactive Entertainment mengumumkan bahawa permainan realiti-maya Bravo Team akan dilancarkan pada 7 Mac. Kini bersempena pelancarannya minggu ini, Sony berkongsi trailer terbaru buat permainan tersebut.
Bravo Team merupakan permainan realiti-maya yang memfokuskan bentuk pertempuran melalui senjata api. Ia dibangunkan oleh pembangun permainan Until Dawn dan The Inpatient iaitu Supermassive Games. Menariknya juga, permainan ini juga menyokong alat kawalan Aim Controller yang dilancarkan oleh Sony tahun lepas bersama permainan Farpoint.
Pada acara PSX SEA 2017 tahun lepas, kami juga berkesempatan untuk memberi pandang pertama bagi permainan tersebut. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan ini.