Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Realiti-Maya The Inpatient Dan Bravo Team Ditangguhkan Sehingga Tahun Hadapan

Permainan Realiti-Maya The Inpatient Dan Bravo Team Ditangguhkan Sehingga Tahun Hadapan

Diterbitkan pada November 13, 2017 oleh .

Hari ini, pembangun permainan Supermassive Games mengumumkan bahawa permainan The Inpatient dan Bravo Team ditangguhkan sehingga tahun depan. Kedua-dua permainan realiti-maya tersebut asalnya dirancang untuk dilancarkan pada November dan Disember ini secara esklusif di Playstation VR.

Menurut Supermassive Games, The Inpatient bakal tiba di Playstation VR pada 24 Januari 2018. The Inpatient merupakan permainan yang ditempatkan 60 tahun sebelum permainan Until Dawn.

Manakala permainan Bravo Team pula, ia bakal dilancarkan pada 7 Mac 2018. Bravo Team adalah permainan penembak pandang pertama dimana ia memfokuskan perlindungan dan juga kerjasama antara pemain lain.

Supermassive Games tidak memberi sebarang pengumuman lain berkenaan penangguhan permainan tersebut. Pada PSX 2017 SEA Ogos lepas, kami di Aksiz berkongsi berkenaan pandang pertama bagi kedua-dua permainan tersebut. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui berkenaan pandang pertama permainan Bravo Team dan The Inpatient anda boleh ke pautan yang disediakan.