Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Aloy Kini Boleh Didapati Dalam Tempoh Masa Terhad Buat Permainan Monster Hunter World

Kostum Aloy Kini Boleh Didapati Dalam Tempoh Masa Terhad Buat Permainan Monster Hunter World

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Ketika Paris Games Week 2017 tahun lepas, Capcom mengumumkan kolaborasi antara Sony dan Capcom berkenaan permainan Monster Hunter World yang mana pemain berpeluang untuk bermain sebagai Aloy daripada permainan Horizon Zero Dawn di Monster Hunter World. Kini, Sony dan Capcom akhirnya mengumumkan acara khas tersebut yang memberi peluang pemain untuk mendapat kostum Aloy tersebut.

Untuk mendapatkan kostum tersebut, pemain hanya perlu melakukan acara misi Horizon Zero Dawn di dalam permainan Monster Hunter World dimana pemain perlu memburu Anjanath di kawasan Ancient Forest dan berpeluang untuk mendapat barangan untuk menghasilkan kostum tersebut.

Tambahan juga, bagi mereka yang terlepas acara bagi kostum Palico The Wather bulan lepas, Capcom juga memutarkan misi acara tersebut dimana pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Palico tersebut dengan melakukan misi acara tersebut.

Acara ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 15 Mac khas buat pemain di Playstation 4 sahaja. Selain itu, untuk menyertai acara misi ini, pemain perlu mempunyai nilai peringkat Hunter Rank 11 ataupun lebih tinggi.

Ini bukanlah kolaborasi pertama yang dilakukan oleh Capcom dimana sebelum ini, pemain juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Ryu dan Sakura dari siri Street Fighter V untuk permainan Monster Hunter World.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan kostum Aloy dan juga panah beliau bermula hari ini khas buat permainan Monster Hunter World.


TIPS & ULASAN