Skip to main content

Bersempena dengan Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu ini, Sony Interactive Entertainment dan Capcom mengumumkan informasi lanjut berkenaan permainan Monster Hunter World yang mana ia bakal tiba pada 26 Januari ini.

Sony mempertontonkan trailer terbaru bagi permainan tersebut dengan menyertakan watak tetamu dari permainan Horizon Zero Dawn iaitu Aloy, dimana pemain berpeluang untuk bermain sebagai Aloy dengan senjata panah beliau. Watak Aloy tersebut akan boleh dimain secara esklusif di Playstation 4. Selain itu, anda juga berpeluang untuk mendapatkan kostum Palico khas Watchers dari siri permainan Horizon Zero Dawn.

Ketika sidang media tersebut juga, Sony mengumumkan tarikh beta terbuka khas bagi pengguna Playstation Plus dimana pemain berupaya untuk mencuba permainan Monster Hunter World ini bermula 9 Disember ini.

Pada Tokyo Game Show 2017 yang lepas, kami juga sempat untuk memberi pandang pertama berkenaan permainan Monster Hunter World. Bagi anda yang tidak sabar untuk bermain Monster Hunter World, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 9 Disember untuk beta terbuka.

Monster Hunter World akan dilancarkan pada 26 Januari di Playstation 4, Xbox One dan PC.

Leave a Reply