Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Mengumumkan Kostum Ryu dan Sakura Dari Street Fighter Untuk Monster Hunter World

Capcom Mengumumkan Kostum Ryu dan Sakura Dari Street Fighter Untuk Monster Hunter World

Diterbitkan pada Jan 29, 2018 oleh .

Jika sebelum ini Capcom mengumumkan yang Megaman akan tiba sebagai Palico di dalam Monster Hunter World kali ini mereka mengumumkan yang kostum Ryu dan Sakura dari Street Fighter V pula akan tiba untuk permainan ini.

Menurut Capcom, kostum ini boleh didapati secara percuma melalui misi khas “Down the Dark, Muddy Path” yang akan disertakan ke dalam permainan untuk masa terhad. Untuk permulaan pemain yang mempunyai fail simpanan Street Fighter V terlebih dahulu akan mendapat misi khas ini sebelum ianya tiba untuk pemain lain di tarikh yang kemudian.

Apabila misi ini diselesaikan, setiap pemain akan menerima tiket SFV yang perlu dibawa bersama dengan bahan-bahan yang diperlukan ke Smithy untuk mendapat kostum ini.

Walaupun kostum adalah percuma, untuk mendapatkan ‘gesture’ Hadoken dan Shoryuken pemain perlu membayar $3.99(RM16.00) setiap satu. Ini bukanlah pertama kali crossover ini dilakukan. Capcom juga mengumumkan kostum khas Monster Hunter world untuk kostum Rathalos, Zinogre, dan Kirin untuk watak Ken, R. Mika, dan Ibuki. Pemain boleh mendapatkan kostum ini melalui Extra Battle Mode.

Kami merasakan ini bukanlah kali terakhir crossover ini dilakukan, dan mungkin juga Capcom akan menambah permainan lain seperti Resident Evil.


TIPS & ULASAN