Skip to main content

Ketika EVO 2017 Julai yang lepas, ARIKA pembangun permainan perlawanan seperti Street Fighter EX mengumumkan permainan perlawanan terbaru oleh mereka dan pada Disember lepas, mereka mengumumkan watak Blair Dame. Kini, bersempena dengan siaran langsung khas oleh ARIKA, mereka berkongsi dua lagi watak baru bersama trailer watak Blair Dame.

Ketiga-tiga watak tersebut merupakan watak-watak daripada permainan Street Fighter EX yang dilancarkan 1996 lepas. Kini, meneruskan legasi permainan tersebut, ARIKA akan melancarkan Fighting EX Layer yang mana ia memfokuskan permainan perlawanan dan sebilangan watak-watak daripada Street Fighter EX.

Buat masa sekarang, terdapat 11 watak yang diumumkan buat permainan tersebut termasuklah 3 watak yang diumumkan oleh mereka diatas. 11 watak tersebut adalah:

  • Allen Snider
  • Blair Dame
  • Darun Mister
  • Doctine Dark
  • Garuda
  • Hokuto
  • Jack
  • Kairi
  • Shadowgeist
  • Shirase
  • Skullomania

Buat masa sekarang, permainan tersebut dirancang untuk dilancarkan di konsol Playstation 4 sebelum Jun ini menurut ARIKA. Namun, ARIKA juga menyatakan bahawa jika permainan tersebut mendapat sambutan ramai, mereka akan melancarkannya juga di PC melalui Steam.

Leave a Reply