Arika, pembangun permainan terkenal dengan siri permainan perlawan Street Fighter EX, kini mengumumkan siri permainan perlawan terbaru di EVO 2017. Mereka masih lagi belum mengumumkan nama rasmi bagi permainan tersebut dan hanyalah mempertayangkan trailer untuknya sahaja.
Trailer diatas memperlihatkan beberapa watak baru seperti Shirase dan Kairi, dan turut menyertakan sejumlah watak dari Street Fighter EX seperti Skullomania dan Darun Mister. Arika juga menyatakan permainan ini boleh dimainkan pada 1 April 2018, tetapi kami tak pasti tarikh tersebut adalah tarikh pelancaran, atau tempoh demo sahaja.
Permainan ini juga bakal dilancarkan di Playstation 4 buat masa sekarang.