November lepas, ARIKA mengumumkan bahawa permainan perlawanan terbaru oleh mereka iaitu Fighting EX Layer akan dilancarkan di Playstation pada 2018, kini mereka mengumumkan watak Blair Dame iaitu watak daripada Street Fighter EX bakal menyertai permainan tersebut.

Namun, ARIKA tidak berkongsi lebih lanjut berkenaan watak tersebut kecuali video acah berdurasi 10 saat tersebut. Blair Dame merupakan watak yang asalnya dilancarkan di Street Fighter EX dan berasal daripada Eropah.

ARIKA juga mengumumkan bahawa beta terbuka permainan Fighting EX Layer juga akan diadakan pada 12 Disember ini melalui Playstation Store. Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan tersebut, ia boleh dimuat-turun di PSN Store pada 12 Disember. Namun beta terbuka itu tidak dilancarkan secara rasmi di Malaysia, walaubagaimana pun anda boleh muat-turun dengan menggunakan akaun PSN rantau lain seperti Amerika Syarikat mahupun Jepun.

Untuk senarai penuh informasi berkenaan beta terbuka permainan Fighting EX Layer, anda boleh melayari laman rasmi Facebook ARIKA. Fighting EX Layer dirancang untuk dilancarkan secara global pada 2018 ini.

Sohor Kini