Informasi Permainan Video Terkini
Pihak ESRB Akan Melabelkan Permainan Yang Mengandungi Kandungan Pembelian Permainan Tambahan

Pihak ESRB Akan Melabelkan Permainan Yang Mengandungi Kandungan Pembelian Permainan Tambahan

Diterbitkan pada Feb 28, 2018 oleh .

Setelah pelbagai balahan daripada pihak-pihak kerajaan di Amerika Syarikat berkenaan kotak tikam, hari ini pihak ESRB akhirnya memberi jawapan mereka buat isu tersebut.

Menurut laporan Kotaku, pihak ESRB (Entertainment Software Rating Board) akan mula melabelkan permainan yang mengandungi sebarang pembelian kandungan pernambahan. Namun begitu, label tersebut akan dimasukkan segala kandungan pernambahan yang boleh dibeli termasuklah DLC pernambahan, kotak tikam, pas musim dan sebagainya.

Pihak ESRB juga menerangkan kenapa mereka mencantumkan label tersebut adalah kerana daripada hasil penyelidikkan mereka bahawa ibubapa tidak mengetahui perbezaan antara kandungan pembelian pernambahan dan juga kotak tikam. Sekaligus untuk menyenangkan semua pihak, mereka akan mula melabelkan kesemua permainan yang mengandungi kandungan tersebut.

Namun begitu, ini merupakan satu tindakan yang agak malas dimana kebanyakkan permainan sekarang, mempunyai kandungan pembelian tambahan, sekaligus akan membuat label ini menjadi usang dan mengarut. Isu yang dikaitkan rapat berkenaan ini adalah berkenaan kandungan kotak tikam yang mana ia dikatakan merupakan satu bentuk perjudian.

Walaupun tindakan undang-undang ini tidak akan memberi kesan kepada Malaysia, mungkin juga pada masa akan datang pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) ataupun SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) akan mula menitik berat berkenaan perkara ini memandangkan hampir kesemua negara mula mengambil tindakan berkenaan perkara tersebut.


TIPS & ULASAN