Menurut laporan Gematsu, berdasarkan majalah V-Jump, Bandai Namco tampaknya akan menyertakan dua watak daripada anime Dragon Ball Z, iaitu Bardock dan Broly.
Bardock merupakan ayah kepada Goku yang mana beliau dibunuh oleh Frieza ketika di dalam anime Dragon Ball. Broly pula merupakan watak daripada filem Dragon Ball Z: Broly – The Legendary Super Saiyan. Kedua-dua watak tersebut bakal tiba secara DLC pernambahan yang mana mereka akan disertakan pelbagai serangan ikonik mereka daripada siri anime tersebut.
Buat masa ini, Bandai Namco masih belum mengumumkan tarikh rasmi pelancaran DLC watak tersebut, dan juga jika watak tersebut boleh dibeli secara berasingan ataupun tidak. Namun, DLC pernambahan tersebut akan disertakan melalui pas musim yang dijual melalui pernambahan permainan tersebut.
Dragon Ball FighterZ merupakan permainan perlawanan berdasarkan siri anime terkenal Dragon Ball Z. Ia dilancarkan pada Januari lepas di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang berminat untuk mengetahui informasi lanjut dan juga ulasan penuh permainan tersebut, anda boleh melayari artikel ini untuk membacanya.