Skip to main content

Tahun lepas, Ubisoft mengumumkan mod Discovery Tour yang mana ia akan menyertakan sejarah-sejarah mesir bagi pemain untuk mempelajarinya. Kini, Ubisoft akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran bagi mod tersebut iaitu pada 20 Februari ini.

Assassins Creed

Menurut Ubisoft, mod tersebut akan disertakan secara percuma bagi mereka yang mempunyai permainan Assassin’s Creed Origins. Ia juga akan dijualkan secara berasingan iaitu dengan harga $19.99(~RM79).

Mod Discovery Tour ini akan membenarkan pemain untuk mengembara di sebilangan kawasan mesir seperti kawasan piramid, bandar Iskandaria dan sebagainya di kawasan mesir. Pemain juga berpeluang untuk bermain sebagai sebilangan watak-watak bersejarah seperti Cleopatra dan Caesar untuk mengembara di dunia tersebut.

Bagi anda yang ingin mempelajari sejarah mesir dan mengembara di dunia tersebut, anda boleh berbuat demikian bermula 20 Februari ini di permainan Assassin’s Creed Origins.

Leave a Reply