Skip to main content

Pemain Assassin’s Creed Origins yang baru sahaja menerima DLC pertama permainan ini iaitu The Hidden One menerima satu lagi berita baik apabila melalui komen di Reddit, Pengurus Komuniti Ubisoft domvgt mengatakan yang Assassin’s Creed Origins akan mendapat mod New Game+.

Tambah beliau lagi lebih banyak informasi mengenai ini akan dikongsi kemudian tetapi tiada tarikh yang diberitahu. Mod New Game+ kebiasanya akan mengekalkan tahap watak pemain dan juga meningkatkan tahap untuk musuh untuk setaraf dengan tahap watak pemain. Ini sudah semestinya boleh menjadi alasan untuk pemain bermain kembali bermain Assassin’s Creed Origins.

Leave a Reply