Informasi Permainan Video Terkini
Moss – Permainan Realiti-Maya Platformer Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 27 Februari Ini

Moss – Permainan Realiti-Maya Platformer Bakal Tiba Di Playstation VR Pada 27 Februari Ini

Diterbitkan pada Feb 20, 2018 oleh .

Salah satu permainan realiti-maya yang menarik diumumkan ketika Paris Games Week tahun lepas, Moss akhirnya diumumkan tarikh pelancaran bagi permainan tersebut oleh Sony iaitu pada 27 Februari ini.

Moss merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan oleh Polyarc dan dilancarkan oleh Sony Interactive Entertainment. Ia merupakan permainan esklusif yang akan dilancarkan hanya di konsol Playstation VR dengan memfokuskan bentuk permainan platformer.

Pemain akan menggunakan watak seekor tikus bernama Quill dimana pada masa yang sama, pemain perlu membantu Quill untuk menyelesai tekaria dan juga menewaskan musuh. Disamping itu, pemain juga akan memajukan penceritaan permainan tersebut melalui pembacaan buku seolah seperti cerita dongeng.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba permainan Moss, demo permainan tersebut boleh dimuat-turun secara percuma melalui Playstation VR Demo Disc 2 yang dilancarkan November lepas melalui PSN Store.

Bagi anda yang mempunyai set realiti-maya Playstation VR, jangan lepaskan peluang anda untuk menambah satu lagi permainan realiti-maya yang menarik, Moss di dalam perpustakaan permainan anda bermula 27 Februari ini.


TIPS & ULASAN