Skip to main content

Bersempena dengan Paris Games Week 2017 yang berlangsung minggu in, Playstation mengadakan sidang media khas semalam berkenaan pengumuman permainan terbaru oleh mereka. Antaranya adalah 18 permainan realiti-maya yang diumumkan bakal tiba di Playstation VR. 13 Daripada permainan tersebut, merupakan permainan yang baru.

Playstation VR merupakan set realiti-maya oleh Sony yang dilancarkan Oktober 2016. Kini setelah setahun pelancaran fon kepala tersebut, Sony juga mengumumkan fon kepala PSVR yang baru dimana ia bakal tiba di pasaran Jepun.

Blood & Truth

Blood & Truth merupakan permainan aksi tembak-menembak yang dibangunkan oleh London Studio, iaitu pembangun permainan realiti-maya London Heist yang terdapat didalam permainan Playstation VR World.

London Studio kali ini kembali dengan permainan tembak-menembak yang memfokuskan kawasan London, dimana permainan ini menurut pembangun permainan tersebut, ia diinspirasi daripada permainan London Heist.

League Of War VR Arena

League of War VR Arena merupakan permainan strategi masa-nyata dimana pemain berupaya untuk bermain secara realiti-maya. Menariknya permainan ini mempunyai mod multi-pemain dimana pemain kedua boleh bermain secara biasa tanpa memakai fon kepala realiti-maya Playstation VR. Ia dirancang untuk dilancarkan pada 7 November ini

Sprint Vector

Sprint Vector adalah permainan realiti-maya yang memfokuskan perlumbaan dengan kasut roda. Menariknya pemain berupaya untuk menyerang dengan pelumba lain dengan pelbagai senjata yang disertakan dengan ketika pemain berlumba. Buat masa ini, informasi tambahan berkenaan permainan ini masih belum lagi diumumkan, tetapi ia nampak seakan menarik dengan bentuk permainan perlumbaan yang pantas dan laju.

UltraWing

Bagi anda yang berminat untuk memandu atau mengendali kapal terbang, anda mungkin berminat dengan permainan Ultrawing. Ultrawing adalah permainan realiti-maya yang memfokuskan penerbangan kapal terbang dimana pemain berupaya untuk menerbang kapal terbang, mendaratkan kapal terbang dan menembak pelbagai belon dan sebagainya.

Bow To Blood

https://www.youtube.com/watch?v=YQrUOarCGls

Bow To Blood merupakan permainan pertempuran kapal angkasa dimana anda berpeluang untuk mengawal sebuah kapal angkasa dan berperang dengan pelbagai musuh. Ia dibangunkan oleh Tribetoy dan permainan realiti-maya ini bakal tiba pada 2018 ini.

Megalith

Megalith adalah permainan realiti-maya penembak yang memfokuskan permainan untuk menjadi Titan dan bertempur untuk menjadi tuhan. Permainan ini bakal mengandungi kawalan secara berterusan dan pemain berupaya untuk menghancurkan kawasan-kawasan permainan.

Rec Room

Rec Room adalah permainan realiti-maya yang mengadungi pelbagai mini-permainan. Pemain berupaya untuk bermain bersama pemain lain melalui atas-talian. Permainan ini akan ditawarkan secara percuma apabila ia dilancarkan kelak.

Smash Hit Plunder

Eden Tomorrow

Apex Construct

Dead Hungry

Star Child

Moss

Stifled

Transference

Ace Combat 7: Skies Unknown

https://www.youtube.com/watch?v=VW59fI8_Ad0

Resident Evil 7 Biohazard Gold Edition

Final Fantasy XV: Monster Of The Deep

Sedang dikemaskini

Leave a Reply