Informasi Permainan Video Terkini
Playstation VR Demo Disc 2 Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Playstation Store

Playstation VR Demo Disc 2 Kini Boleh Dimuat-Turun Melalui Playstation Store

Diterbitkan pada November 9, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini melancarkan Playstation VR Demo Disc 2, iaitu demo permainan realiti-maya bahagian dua secara percuma melalui Playstation Store. Sebelum ini, Sony juga menyertakan demo permainan tersebut melalui pembelian Playstation VR dan juga secara digital. Namun, demo permainan tersebut buat masa ini hanyalah boleh dimuat-turun melalui Playstation Store Amerika Syarikat ataupun Eropah.

Demo permainan tersebut bakal menyertakan sebilangan permainan yang boleh anda cuba bersama set realiti-maya Playstation VR. Antara permainan yang disertakan adalah:

  • Battlezone
  • Dino Frontier
  • Eve: Valkyrie
  • Fantastic Contraption
  • Job Simulator
  • Moss
  • Raw Data
  • Rez Infinite
  • Star Child
  • StarBlood Arena
  • The Persistence
  • Thumper
  • Tiny Trax

Dengan hanya bersaiz 15GB, anda berpeluang untuk mencuba pelbagai permainan Playstation VR secara percuma bermula hari ini. Bagi anda yang mempunyai set realiti-maya Playstation VR, jangan lepaskan peluang untuk memuat-turun Playstation VR Demo Disc 2 hari ini.

Playstation Store : Playstation VR Demo Disc R1

Playstation Store : Playstation VR Demo Disc R2