Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-Ura) Megaman Legacy Collection 1 & 2 Mungkin Akan Tiba Secara Bersama Di Nintendo Switch

(Ura-Ura) Megaman Legacy Collection 1 & 2 Mungkin Akan Tiba Secara Bersama Di Nintendo Switch

Diterbitkan pada Feb 16, 2018 oleh .

Hari ini, di laman rasmi ESRB (Electronic Software Rating Board) menerbitkan penilaian bagi permainan Megaman Legacy Collection 1 & 2 yang mana ia akan dilancarkan secara bersama. Permainan koleksi tersebut juga diumumkan bakal tiba di konsol Switch pada Disember lepas, namun Capcom tidak menyatakan bahawa permainan tersebut akan tiba secara berasingan seperti versi konsol lain ataupun secara bersama.

Megaman Legacy Collection 1 & 2 merupakan permainan koleksi pernambah-baikkan yang merangkumi permainan-permainan klasik Megaman yang dilancarkan di NES sehinggalah Playstation 1 sebelum ini. Permainan tersebut akan menyertakan permainan Megaman 1 sehinggalah Megaman 10 dan juga mempunyai sebilangan kemaskini dari segi visual dan juga mod permainan yang baru.

Namun buat masa ini, Capcom masih lagi belum mengumumkan sebarang pengemuman rasmi, namun seperti ura-ura yang Final Fantasy XV: Royal Edition sebelum ini melalui laman rasmi ESRB, tampaknya Capcom mungkin akan melancarkan permainan Megaman Legacy Collection 1 & 2 secara bersama di konsol Nintendo Switch.


TIPS & ULASAN