Bersempena dengan acara langsung yang dipertayangkan semalam sempena ulang tahun ke-30 bagi permainan Megaman, Capcom akhirnya mengumumkan permainan baru buat Megaman iaitu Megaman 11 dimana ia memfokuskan bentuk permainan klasik Megaman dengan visual seni 3D.

Megaman 11 dirancang untuk dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada penghujung 2018. Menurut Kazuhiyo Tsuchiya, penerbit permainan Megaman 11, mereka ingin menghasilkan permainan Megaman terbaru yang mana ia menjadi permainan yang menarik untuk peminat asal dan juga pemain baru untuk bermain permainan tersebut.

Megaman 11 kali ini mempunyai visual arah seni yang 3D dan bentuk permainan seakan 2D. Arah seni ini dipanggil 2.5D dimana ia setiap watak, musuh dan kawasan direka khas dari awal yang mana ia memberi aestetik baru buat siri Megaman. Capcom juga menyatakan permainan ini bermulanya siri baru buat permainan Megaman bersempena dengan ulang tahun yang ke-30 ini.

Disamping itu, Capcom juga mengumumkan bahawa siri permainan Megaman X juga akan dilancarkan semula di konsol generasi kini dengan koleksi siri permainan Megaman X bermula dari Megaman X sehinggalah Megaman X8. Megaman X Collection akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Tarikh pelancaran bagi permainan tersebut pula akan diumum kemudian oleh Capcom.

Capcom juga tidak berhenti setakat itu, bagi mereka yang mempunyai konsol Nintendo Switch, terdapat berita gembira buat mereka yang meminati siri permainan Megaman iaitu permainan Megaman Legacy Collection 1 dan 2 akan dilancarkan di Nintendo Switch pada musim bunga 2018 ini. Menurut Capcom juga, permainan tersebut bakal menyertakan sokongan Amiibo. Megaman Legacy Collection 1 akan menyertakan siri permainan Megaman 1 sehingga Megaman 6. Manakala Megaman Legacy Collection 2 akan menyertakan Megaman 7 sehingga Megaman 10.

Capcom juga akan menyertakan sistem ‘Rewind’ dimana pemain boleh mengulangkan masa di dalam permainan untuk mengelak daripada melakukan kesilapan. Kedua-dua Megaman Legacy Collection sudah dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC serta kemaskini sistem ‘Rewind’ tersebut akan disertakan bersama dengan kemaskini terbaru bagi permainan tersebut.

Ini merupakan suatu berita yang sangat mengembirakan kerana akhirnya Capcom bakal menghidupkan semula siri permainan Megaman setelah 7 tahun kita tidak mendapat sebarang permainan terbaru Megaman. Bersempena dengan ulang tahun yang ke-30 ini juga, Capcom mempertontonkan trailer khas yang memaparkan sebilangan jumlah siri permainan Megaman yang dilancarkan sepanjang 30 tahun ini.

Sohor Kini