Tango Gameworks hari ini mengumumkan kemaskini terbaru buat permainan seram The Evil Within 2 dimana pemain kini berpeluang untuk bermain permainan tersebut secara mod penembak pandang pertama.

Mod penembak pandang pertama tersebut dikemaskini secara percuma dimana pemain hanyalah perlu memuat-turun kemaskini tersebut. Mod tersebut akan membenarkan pemain untuk bermain keseluruhan permainan tersebut secara mod penembak pandang pertama.

Untuk mengaktifkan mod tersebut, pemain hanyalah perlu ke tetapan permainan tersebut dan mengubahnya di ruangan tetapan yang disediakan. Namun mod tersebut hanya akan boleh dimainkan bermula pertengahan bahagian pertama permainan tersebut. Pemain juga boleh menukar mod tersebut sepanjang sesi permainan.

The Evil Within 2 merupakan permainan kedua daripada siri seram The Evil Within yang dibangunkan oleh Tango Gameworks. Kami juga telah membuat ulasan bagi permainan tersebut November lepas. Disember lepas, Bethesda dan Tango Gameworks juga melancarkan demo permainan tersebut secara percuma dimana pemain berupaya untuk mencuba dahulu permainan tersebut.

Bagi anda yang ingin bermain semula ataupun ingin mencuba mod penembak pandang pertama bagi permainan The Evil Within 2, ini merupakan peluang terbaik untuk anda untuk menikmati permainan tersebut dengan lebih immersif dan seram.

Sohor Kini