Informasi Permainan Video Terkini
The Evil Within 2 Demo Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4, Xbox One Dan PC
PC

The Evil Within 2 Demo Kini Boleh Dimuat-Turun Di Playstation 4, Xbox One Dan PC

Diterbitkan pada Dis 20, 2017 oleh .

The Evil Within 2 merupakan permainan kedua daripada siri seram The Evil Within yang dibangunkan oleh Tango Gameworks. Kami juga telah membuat ulasan bagi permainan tersebut November lepas. Kini Bethesda Softworks akhirnya berkongsi demo permainan tersebut secara percuma melalui konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.

Melalui demo permainan tersebut, pemain berupaya untuk bermain bahagian pertama permainan tersebut dimana pemain akan pengembara sekali lagi ke dunia STEM sebagai watak Sebastian Castellanos. Melaluinya, pemain berupaya untuk mencuba bentuk permainan dan sebahagian penceritaan permainan The Evil Within 2.

Tampaknya Bethesda Softworks kini sering memberi akses untuk demo sebuah permainan secara percuma, dimana sebelum ini mereka mengumumkan demo permainan buat Wolfenstein II: The New Colossus. Ini merupakan tindakan yang menarik kerana membenarkan pemain untuk mencuba dahulu sesuatu permainan sebelum membelinya.

Ketika Tokyo Game Show 2017 yang lepas, kami di Aksiz juga sempat untuk menemu-ramah Shinji Mikami, penerbit dan John Johanas pengarah permainan tersebut. Bagi anda yang berminat untuk membaca artikel tersebut, anda boleh membacanya disini.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba demo permainan The Evil Within 2, anda boleh muat-turunnya sekarang melalui PSN Store, Microsoft Store dan juga PC melalui Steam.

Demo Permainan Playstation 4 : The Evil Within 2

Demo Permainan Xbox One : The Evil Within 2 

Demo Permainan PC : The Evil Within 2


TIPS & ULASAN