Pada bulan ini sudah ada jualan promosi iaitu di PlayStation Store dan juga Humble Store dan hari ini Fanatical memulakan jualan promosi mereka bersempena Tahun Baru Cina.

Kesemua permainan di Fanatical adalah untuk PC, MacOS dan juga Linux untuk permainan yang menyokong. Selepas dibeli, anda akan mendapat kod yang boleh ditebus di Steam ataupun UPlay untuk permainan Ubisoft. Antara permainan yang ditawarkan adalah

  1. Tekken 7 – $49.99 $24.99
  2. Prey – $39.99 $19.19
  3. Dishonored 2 – $39.99 $19.19
  4. Furi – $19.99 $9.99
  5. South Park: The Fractured but Whole – $59.99 $29.29
  6. Football Manager 2018 – $49.99 $42.49
  7. Fallout 4 – $29.99 $20.09
  8. Assassin’s Creed Origins – $59.99 $38.99

Keseluruhan ada 958 permainan yang ditawarkan, anda boleh melihatnya sendiri untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk membelinya dengan harga yang murah.

Jualan Promosi Tahun Baru Cina: Fanatical

Sohor Kini