Skip to main content

Jika sebelum ini kami melaporkan yang Steam akan mengembalikan jualan promosi bersempena Tahun Baru Cina, akan tetapi masih tiada pengesahan dari pihak Steam ataupun Valve. Berbeza dengan PlayStation kerana bermula hari ini jualan promosi bermula.

Jualan promosi ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama bermula hari ini sehingga 14 Februari dan bahagian dua bermula 15 sehingga 21 Februari. Kemungkinan besar yang bertukar adalah permainan yang tersenarai.

Antara permainan yang tersenarai untuk bahagian pertama adalah seperti berikut

  1. Assassin’s Creed Origins – RM210.00 RM126.00
  2. Horizon Zero Dawn: Complete Edition – RM189.00 RM113.40
  3. Persona 5 – RM219.00 RM175.20
  4. Middle Earth: Shadow of War – RM269.00 RM161.40
  5. Call of Duty WWII – RM229.00 RM183.20
  6. Star Wars Battlefront II – RM219.00 RM87.60
  7. The Sims 4 – RM169.00 RM84.50
  8. Wolfeinstein II: The New Colossus – RM229.00 RM137.40
  9. Nioh: Complete Edition – RM209.00 RM146.30
  10. South Park: The Fractured But Whole – RM210.00 RM84.00

Ada pelbagai lagi permainan yang tersenarai untuk jualan promosi ini, jika ada permainan yang anda inginkan pastikan dapatkannya sebelum tarikh akhir jualan promosi ini.

[info]Jualan Promosi Tahun Baru Cina: PlayStation Store[/info]

Leave a Reply