Kebiasaan jualan promosi diadakan untuk peristiwa-peristiwa besar seperti tahun baru ataupun musim tertentu tetapi untuk Humble Store, Hari Kekasih juga diambil peluang untuk mengadakan jualan promosi.
Oleh kerana ini adalah jualan promosi bersempena Hari Kekasih kebanyakan permainan yang ditawarkan adalah permainan dating simulator. Antara permainan yang ditawarkan adalah seperti berikut dan kesemua permainan adalah untuk PC.
Anda boleh melihat pelbagai lagi permainan yang ditawarkan di Humble Store. Promosi ini berakhir pada 16 Februari jadi pastikan anda mendapatkannya sebelum terlambat.
Jualan Promosi Hari Kekasih: Humble Store